2008-03-07

Asas Bina Blog - Bahagian 2

Platform blog bagaimana pilihan anda?

Pemilihan platform blog terbahagi kepada dua iaitu:-

a- Platform blog secara percuma.
b- Platform blog secara berbayar.

Platform blog secara percuma adalah seperti Sosblog.com , Blogger.com , WordPress.com dan lain-lain. Manakala platform blog berbayar adalah seperti WordPress.org, Movable Type, PMachine, Greymatter, B2 Evolution, Text Pattern, Expression Engine dan sebagainya.

Bagi kategori platform percuma, kebanyakan diguna oleh orang perseorangan dan lebih bertujuan sekadar hobi. Sebaliknya bagi kategori platform berbayar, tujuan mengadakan blog menjurus ke arah professional. Apa jua tujuan individu terbabit, penggunaan platform untuk kedua-dua kategori punya kebaikan dan keburukan tersendiri. Antaranya:-

Bagi kategori platform blog percuma. Kebaikan adalah:

a- Platform adalah percuma.
b- Rekabentuk template telah sedia ada.
c- Tidak perlu upload untuk mengemaskinikan blog (automatik upload)
d- Index dalam enjin carian adalah lebih cepat.

Keburukan bagi penggunaan platform blog percuma ialah:-

a- Konfigurasi terhad.
b- Rekabentuk template juga terhad.
c- Kurang kawalan ke atas blog terutamanya dari segi setting dan konfigurasi.

Untuk kategori platform blog berbayar pula, antara kebaikannya adalah:-

a- Kawalan penuh ke atas rekabentuk blog.
b- Memiliki url dan nama domain sendiri.
c- Nampak professional dan punya imej.

Walaupun begitu, masih tetap ada keburukannya seperti:-

a- Tanpa ada asas dalam I.T, susah untuk individu terbabit.
b- Kos untuk yuran platform berbayar.
c- Mengalami masalah untuk mengemaskinikan blog.
d- Pemilihan server yang mempunyai masalah hosting.

Oleh itu, sebelum anda berblog, fikir-fikirkan dahulu dalam kategori mana diri anda, Untuk permulaaan, biarlah menggunakan platform blog percuma. Bilamana diri sudah sampai ke tahap "expert" terpulanglah mengikut selera masing-masing.


0 comments:

Post a Comment

1. Comments posted must be accompanied by names or pseudonyms.
2. Anonymous posting and those containing profanities will be rejected.
3. Comments are moderated due to spam problems. I have to approve the comment before it will show up.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X
=(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] :-t b-( :-L